Watak dan perwatakan Tōsen_Kaname

Tōsen mempunyai kulit hitam manis dengan rambutnya berwarna keperang-perangan (diberi warna ungu dalam siri anime). Dia memakai pakaian seragam shinigami tradisional dengan lengannya dilipat hingga ke bahunya beserta haori kapten di atasnya; pakaian seragam Tōsen juga diikat dengan satu bingkai obi berwarna ungu. Dia juga memakai sehelai skaf jingga disekeliling tengkuknya, but berwarna putih, serta sarung tangan hitam yang tidak menutup jari. Tōsen telah dilahirkan buta, dan memakai sapasang visor cerah, meskipun bukan setiap masa.

Kepercayaan Tōsen dalam kehidupan ialah untuk "menempuh jalan kehidupan dengan pertumpahan darah paling sedikit". Sebabnya ini telah mengundang perasaan untuknya mengikut Aizen Sōsuke. Tōsen serta Ichimaru Gin telah dikenalpasti oleh Zaraki Kenpachi sebagai pengecut kepada kematian.Tōsen, seperti Aizen dan Gin, telah mengubah pakaiannya selepas melarikan diri daripada Soul Society. Dia kini memakai pakaian yang serupa kepada pakaian yang digunakan golongan arrancar di samping menggunakan sarung tangan yang lebih panjang, gogal yang lebih kecil, dan mengubah gaya rambutnya dengan melepaskannya ke bawah.

Tōsen juga mempunyai beberapa hubungan unik dengan golongan arrancar. Tōsen menganggap Grimmjow Jeagerjaques serupa dengan Zaraki Kenpachi; mereka adalah mesin yang akan terus membunuh dan menumpahkan lebih darah di dunia. Wonderweiss Margera dilihat tertarik kepada Tōsen, lalu diterangkan olehnya bahawa kejadian tersebut berlaku disebablan mereka berdua adalah roh-roh suci, justeru mereka mempunyai daya penarikan di antara satu sama lain. Dalam omake terkini, Tōsen telah mengambil alih Waktu Penyelidikan Arrancar Ichimaru Gin di mana dia telah, secara literalnya, memotong keluar Gin daripada pandangan. Tōsen kemudian telah menjelaskan penggunaan Sfera Pembiasan, mengakhiri episod tersebut dengan membelai Wonderweiss dengan penuh kasih sayang.